Perempuan begitu begini
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya.tetapi cukuplah lelaki itu segala-galanya di hatinya.
Apabila seorang perempuan marah,dia memang tidak mampu mengawal perasaannya,tetapi itulah tanda dia sangat berat dan amat menyayangi lelaki itu.
Apabila seorang perempuan mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menicntai lelaki itu.
Apabila perempuan berkata yang dia mau lelaki itu berubah,itu bukan bermakna dia tidak mau menerima lelaki itu seadanya tetapi dia mau menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan lelaki itu.
Apabila perempuan cemburu dan tidak percaya dengan lelaki, bukan bermakna dia tidak sayang,tetapi dia terlalu sayang dan menganggap lelaki itu masih anak kecil yang masih memerlukan sepenuhnya perhatian. Kadang2 perempuan terlalu risau jika terlalu percaya, lelaki akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat dan hanya mau yang terbaik untuk lelaki itu.
Apabila perempuan jarang mengatakan "I Love U", itu tidak bermakna dia tidak menyintai lelaki itu,tetapi dia mahu lelaki itu merasakan sendiri cintanya.bukan sekadar hadir dari kata2 tetapi dari hati yang tulus dan ikhlas.
Apabila perempuan mengatakan lelaki lain lebih baik dari kamu,dia bukan bermaksud begitu.dia hanya sekadar mau melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya,walaupun sebenarnya kamulah yang terbaik dihatinya.
Percayalah hati perempuan sangat lembut,
Apabila perempuan berkata "Tolong tinggalkan saya", dia tidak bermaksud menyuruh lelaki itu pergi buat selamanya, dia hanya mausedikit ketenangan.apabila kembali tenang,percayalah dia akan mencari lelaki itu kembali.
Andai lelaki tahu.Sebenarnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan perbedaan tersendiri tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan memyempurnakan antara satu sama lain..
Perempuan diciptakan Allah sangat indah,bukan kerana wajah tetapi kerana hatinya.Dibalik air mata seorang perempuan,tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan lelaki itu merasa selamat bersamanya.Biarpun zahir perempuan tampak lemah,tetapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa membuat lelaki jadi lemah dengan kelembutan hatinya.Dialah jua yang bakal menjadi sahabat,teman,kawan,isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anaknya kelak.
0 komentar:
Post a Comment